Dividen diagih setiap suku tahun oleh kebanyakan syarikat tersenarai.
Dari segi cara pengagihan setiap syarikat mempunyai polisi yang berbeza. Ia
mengikut nisbah yang dicadangkan oleh lembaga pengarah.
Ada syarikat yang mengamalkan nisbah 60:40, bermakna 60 peratus daripada keuntungan akan ditahan untuk perbelanjaan operasi untuk tahun kewangan berikut manakala 40% diketepikan untuk bayaran dividen kepada pemegang saham.
Ada syarikat mengamalkan nisbah 50:50 dan 40:60
Katakan Syarikat XYZ telah mencatat keuntungan bersih sebanyak RM550 juta dan
jumlah saham yang dipegang oleh para pelabur ialah 800 juta unit. Jika polisi
pengagihan dividen ialah mengikut nisbah ialah 60:40 maka sebanyak RM220 akan
diagihkan kepada 400 juta saham yang ada.
Maka dividen yang dibayar untuk setiap unit saham ialah RM0.275 sesaham. Dengan perkataan lain dividen sesaham (dividend per share @ DPS) ialah 27.5 sen.
Jika pelabur sedang memegang saham serta layak untuk dividen berkenaan, dan jika harga saham yang dibeli ialah RM3.20 maka hasil dividen (dividend yield @ DY) ialah 8.6%. Dividen sesaham (DPS) disebut dalam bentuk nilai (sen) manakala hasil dividen (DY) disebut dalam bentuk peratus.
Syarikat yang baik ialah syarikat yang mampu membayar dividen secara berterusan dan mampu membayar melebihi dari kadar instrumen pelaburan yang berpulangan tetap seperti simpanan tetap dan lain-lain.
- Sabri Jalil
