Saham adalah saham, ia bukan forex dan ia bukan komoditi, Ia adalah bahagian pemilikan dalam modal/hakmilik syarikat.
Forex adalah forex, ia bukan saham dan ia bukan komoditi. Forex adalah berkaitan dengan matawang asing.
Saham adalah saham, ia bukan forex dan ia bukan komoditi, Ia adalah bahagian pemilikan dalam modal/hakmilik syarikat.
Forex adalah forex, ia bukan saham dan ia bukan komoditi. Forex adalah berkaitan dengan matawang asing.
![]() |
![]() |
| Aktiviti jualan singkat melibatkan peminjaman saham (skrip/sijil) dari pihak ketiga dan saham yang dipnjamkan mesti dipulangkan semula |
Ia tidak terhad berapa lama pelabur ingin melaksanakanya. Namun RSS hanya untuk kaunter terpilih sahaja (yang dibenarkan oleh bursa) iaitu yang kukuh dari segi fundamental.Dalam apa saja aktiviti jual beli, bila kita sudah menjual barang kepada pembeli, barang yang dijual mesti diserah kepada pembeli. Dalam jual beli saham pula, apabila pelabur sudah menjual saham mesti diserah kepada pembeli.
Namun dalam jualan singkat pelabur menjual sesuatu saham yang ia tidak miliki, maka bagaimana untuk menyerahkan saham kepada pembeli?
Jalan penyelesaian ialah pinjam dahulu dari pihak ketiga yang memiliki saham berkenaan untuk diserah kepada pelabur yang membeli.
Sudah selesaikah urusniaga? Jawapanya belum. Pelabur yang menjual perlu memulangkan semula saham yang dipinjam sebelum itu.
Bagaimana penyelesaian?
Bila pelabur yang menjual saham sebelum itu membeli semula saham berkenaan ia akan mendapat semula saham (sijil) tersebut dan akan dipulangkan semula kepada pihak yang meminjamkan saham berkenaan. Pihak yang meminjamkan saham berkenaan telah dapat semula sahamnya dan selesai satu pusingan urusniaga “short selling”.
- Sabri Jalil
Ia satu perkara yang benar dimana masa 100 tahun diperlukan untuk menjadikannya sejuta ringgit dengan simpahan RM834 sebulan.
Namun tempoh masa itu diperlukan hanya jika menyimpan disaluran yang tiada memberi sebarang pulangan. Orang zaman dahulu suka simpan dibawah tilam (selepas itu duit rosak dan tidak boleh diguna) atau di dalam peti besi zaman sekarang.
Namun jika anda boleh mencari saluran yang memberi pulangan sekurangnya 5% setahun , berdasarkan kiraan terkompaun, simpanan bulanan sebanyak itu boleh dicapai dalamasa 37 tahun sahaja dengan syarat tidak dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut.
Maka, jika gaji anda sebulan ialah RM2000, caruman yang wajib untuk KWSP ialah 23% (11% dari pekerja, 12% dari majikan) atau RM460.
Anda perlu menambah RM410 (caruman sendiri) setiap bulan untuk mencapai matlamat sejuta (atau hampir) sehingga persaraan 60 tahun.
- Sabri Jalil
Anda mungkin mempunyai kumpulan aset seperti wang tunai dalam akaun bank, bangunan kediaman, tanah pertanian dan lain-lain. Nilai keseluruhan mungkin ratusan ribu ringgit. Katakan RM800 ribu, maka anda merasakan itu adalah nilai kekayaan yang dimiliki.
Jika anda tiada menanggung hutang ketika memiliki aset-aset tersebut, anggapan anda adalah benar. Namun, jika anda ada menanggung hutang, ia tidak benar. Nilai kekayaan sebenar anda adalah lebih rendah dari itu, malah mungkin boleh dianggap tidak kaya jika siaz hutang lebih besar.
Ini kerana kekayaan diukur daripada lebihan yang kita miliki yang dipanggil sebagai nilai bersih. Nilai bersih ialah perbezaan diantara jumlah aset yang dimiliki dan jumlah hutang yang ditanggung. Secara formula mudah ia boleh difahami seperti berikut;
Nilai bersih = Jumlah aset - Jumlah liabiliti (hutang)
Jika anda memiliki sebuah rumah kediaman bernilai RM400 ribu, kekayaan anda dari rumah tersebut ialah RM400 ribu. Namun itu adalah nilai kekayaan kasar sahaja sedangkan nilai kasar bukan ukuran kepada nilai kekayaan sebenar.
Sesebuah aset fizikal apabila dijual ia akan bertukar menjadi aset tunai.
Jika rumah tersebut dimiliki dengan secara pinjaman, katakan baki pinjaman sehingga kini ialah RM300 ribu, bila ia dijual (katakan RM400 ribu juga) setelah ditotak pinjaman bakinya adalah RM100 ribu sahaja. Pada asal anda merasakan kekayaan dari pemilikan rumah adalah RM400 tetapi yang anda terima sekarang ialah RM100 sahaja, iaitu baki nilai rumah.
Dalam menilai sebuah syarikat kaedah yang sama digunakan. Nilai atau kekayaan sesebuah syarikat merujuk kepada apa yang dimiliki oleh syarikat seperti tunai di bank, tanah, bangunan pejabat atau kilang dan lain-lain, tetapi perlu dilihat juga jumlah liabiliti atau hutang yang ditanggung oleh syarikat untuk mendapatkan nilai bersih yang menjadi petunjuk kepada kekukuhannya. Formulanya adalah sama seperti diatas.
"Networth" (bahasa Inggeris) ialah istilah lain yang kerap diguna untuk menggantikan istilah nilai bersih untuk individu dan organisasi termasuk syarikat.
Terdapat juga istilah-istilah lain yang diguna tetapi memberi maksud yang sama. Antaranya;
1. Aset bersih (net asset)
2. Nilai aset bersih (net asset value)
3. Nilai buku (book value)
4. Dana pemegang saham (shareholder fund)
5. Ekuiti pemegang saham (shareholder equity)
6. Pemilikan ekuiti (equity owner)
Untuk individu istilah ketiga hingga keenam amat jarang digunakan tetapi banyak digunakan untuk syarikat.
Selain itu, nilai bersih membawa maksud nilai aset syarikat yang menjadi milik pemegang saham.
Contoh;
Jika nilai bersih sesebuah syarikat ialah RM300 juta, maka itu adalah nilai aset yang menjadi hakmilik para pemegang saham dan nilai yang sama akan dikembalikan kepada para pemegang saham jika ia dibubar.
Ada kemungkinan nilai aset yang dipulangkan lebih rendah bergantung kepada saiz aset tidak ketara.
Penting bagi seorang pelabur menyemak nilai bersih sesebuah syarikat. Nilai bersih bukan sahaja menunjukkan kekayaan/kekukuhan tetapi juga mengukur tahap risiko saham syarikat. Lebih tinggi nilai bersih lebih rendah risiko dan sebaliknya.
Pelabur perlu mengelak dari membeli saham sesuatu syarikat yang negatif nilai bersihnya. Nilai bersih yang negatif amat tinggi risiko.
Jika saham syarikat tersebut masih diurusniaga di pasaran saham, ia akan dilabel sebagai PN17 atau GN3 dan menyebabkan harga semakin menjunam dalam kebanyakan kes. Ia berpotensi untuk dikeluarkan dari papan penyenaraian dan nilai sahamnya di pasaran saham menjadi kosong. Jika ia disusuli dengan pembubaran pelabur tidak mendapat apa-apa.
Maka, membeli syarikat yang nilai bersihnya negatif harus dielakkan walaupun dari segi kajian teknikalnya didapati baik. Tidak kira sama belian itu untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.
Kesimpulannya , kekayaan sebenar sesebuah entiti, termasuk individu dan syarikat, tertakluk kepada lebihan atau baki yang dimiliki. Ia dipanggil sebagai nilai bersih.
- Sabri Jalil
Dividen ialah sejumlah keuntungan syarikat yang diagih kepada pemegang saham.
Sebagai pemegang saham pelabur berhak keatasnya jika syarikat menjana keuntungan dan mengisytiharkan akan membuat pembayaran dividen.
Kelayakan seseorang pelabur keatas dividen tidak bergantung kepada berapa lama ia memegang saham tetapi sebaliknya bergantung kepada sehingga bila ia memegang saham yang merujuk kepada tarikh akhir yang ditetapkan.
Sesebuah syarikat tersenarai yang ingin membuat pembayaran dividen wajib membuat pengumuman sebelum pembayaran dibuat. Antara kandungan dalam pengumuman tersebut ialah;
1. Jumlah atau nilai dividen sesaham.
2. Tarikh pembayaran dividen
3. 'X-date'.
Mustahak bagi seorang pelabur yang ingin mendapatkan dividen memahami pengertian 'x-date' kerana ia menentukan pelabur kelayakan pelabur keatas dividen.
Sebagai contoh, sebuah syarikat telah menetapkan 'x-date'nya ialah 15 Ogos, maka;
1. Jika seseorang pelabur SEDANG mempunyai sesuatu saham dan berminat dengan dividen untuk mendapatkan dividen, maka ia harus memegang atau jangan menjual sehingga 14 Ogos, iaitu sehari sebelum 'x-date' . Pada 15 Ogos dan seterusnya terpulang kepadanya untuk terus memegang, tetapi jika ia mengambil pilihan untuk menjual ia masih layak mendapat dividen.
2. Jika seseorang pelabur BELUM memiliki saham berkenaan tetapi berminat untuk mendapatkan dividen, maka ia boleh membeli dan memegang sehingga 14 Ogos iaitu tarikh sebelum 'x-date'. Ia masih layak untuk mendapat dividen jika menjual pada X-date iaitu 15 Ogos.
Bagaimana jika pelabur membeli pada 14 Ogos dan menjual pada 15 Ogos (x-date)?
Ia masih layak mendapat dividen walaupun tempoh pemegangan hanya semalaman (overnight).
Kesimpulannya, 'x-date' membawa pengertian sebagai tarikh hilang kelayakan untuk mendapatkan dividen. Pelabur tidak layak mendapat dividen jika membeli pada dan selepas tarikh tersebut. Ia hanya layak jika membeli sebelum 'x-date' dan terus memegangnya sehari sebelum 'x-date'.
Apakah akan terjadi pada harga saham pada hari X-date?
Perlu diketahui oleh pelabur bahawa apabila sesebuah syarikat mengiystihar dividen ia bukan sahaja akan melibatkan pembayaran dividen tetapi juga melibatkan pengubahsuaian harga saham . Ia dikenali juga sebagai 'adjustment price' yang berlaku pada hari 'x-date', dimana harga pasaran akan diturunkan secara mekanikal mengikut nilai dividen yang disiytihar.
Dengan kata harga saham pada 'x-date' akan ditolak daripada nilai dividen untuk dijadikan sebagai harga rujukan.
Harga rujukan adalah harga yang digunakan untuk menentukan berapa sen kejatuhan atau kenaikan pada hari berkenaan dengan menolak dari harga semasa (last done price) . Dalam kes dimana tiada hari yang melibatkan 'adjustment price' harga tutup pada hari dagangan sebelumnya digunakan sebagai harga rujukan.
Contoh,
Syarikat mengisytiharkan dividen sebanyak 4 sen sesaham. Jika 'x-date' ialah 15hb dan harga saham pula ditutup pada harga 1.20 sehari pada 14hb iaitu tarikh sebelum 'x-date', maka harga pada 15hb. (x-date) akan diturunkan kepada 1.16 (sebagai harga rujukan) dan selepas itu harga akan dibiarkan bergerak mengikut pasaran.
Penurunan harga dari 1.20 kepada 1.16 bukan disebabkan oleh pasaran tetapi disebabkan oleh 'adjustment price' yang dilaksana oleh bursa. Maka istilah kejatuhan tidak berepa tepat untuk digunakan keatas penurunan harga tersebut. Harga RM1.16 yang telah ubahsuai kerana dividen itu akan menjadi harga rujukan untuk menentukan berapa sen kenaikan harga pada hari tersebut.
Namun , penurunan atau kenaikan harga yang berlaku selepas perlaksanaan 'adjustment price' adalah tertakluk kepada pasaran.
Katakan harga kemudian ditutup lebih rendah iaitu 1.14, maka kejatuhannya ialah 2 sen iaitu dengan menolak harga tutup (atau harga semasa) dari harga rujukan 1.16 dan bukan 1.20 iaitu harga tutup sebelumnya.
- Sabri Jalil